KISAH RAMI AWWAD - NABLUS, PALESTIN 🇵🇸
Siapa Rami Awwad?
Rami Awwad dari Nablus, Palestin. Seorang suami dan bapa kepada dua cahaya mata yang masih kecil. Mungkin ada yang mengenali beliau menerusi laman media sosial seperti Tiktok (@rami.aawwad). Beliau seringkali menghasilkan karya lukisan di laman tersebut dan sering membuat liputan siaran langsung sambil melukis. Untuk pengetahuan juga, beliau merupakan seorang mangsa serangan oleh tentera zionis beberapa tahun yang lalu.
Kronologi Kisah Pahit Hidupnya
Pada tahun 2022, sewaktu Rami dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di Nablus, secara tiba-tiba kenderaan yang dipandunya dihujani kurang lebih 40 das tembakan yang disasarkan oleh tentera zionis. Manakala 2 das peluru menembusi bahagian kaki, khususnya pada bahagian paha yang menyebabkan tulang pahanya seperti hancur akibat ledakan peluru yang terkena. Beliau mengalami kecederaan parah.
Setelah itu, Rami telah dibawa ke hospital tempatan tanpa pengetahuan ahli keluarga atau kenalan terdekat. Keluarga beliau mengira bahawa Rami telah syahid dan jejaknya tidak dapat dikesan. Rami sewaktu itu mendapatkan rawatan di hospital tempatan. Namun, rawatan yang diperolehnya tidaklah seperti yang diharapkan, bahkan seperti satu "penyiksaan" jangka panjang buat Rami yang terpaksa ditanggung dan telah mengubah takdir hidupnya - kehidupannya tidak lagi seperti sediakala.
Sehingga sekarang, masih terdapat serpihan peluru di dalam kakinya yang belum dikeluarkan. Manakala alatan besi sokongan yang dipasang adalah tidak bersesuaian dengan beliau untuk tempoh jangka masa panjang. Ianya perlu ditukar kepada alatan sokongan yang lebih sesuai untuk jangka masa panjang. Oleh itu beliau perlu menjalani pembedahan semula dan rawatan yang sewajarnya.
Hari demi hari, beliau terpaksa menanggung kesakitan yang parah, dan hanya mampu bergantung kepada ubat penahan sakit. Namun untuk kos ubatan saja terlalu tinggi untuk beliau dapatkan secara berkala. Dan apa yang dimaklumkan, ubat tersebut sudah tidak lagi memberi apa-apa kesan atau kelegaan buat beliau. Bahkan keadaan beliau semakin hari semakin membimbangkan dan memerlukan rawatan segera.
(Imej x-ray yang ditunjukkan adalah bukti keadaan kaki Rami. Masih terdapat serpihan peluru yang masih belum dikeluarkan, serta alatan besi sokongan yang tidak sesuai)
Jalinan Kerjasama Pihak NGO Malaysia
Pada November 2025, bermulanya inisiatif dengan kerjasama pihak NGO Malaysia, iaitu Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia. Inisiatif ini adalah bagi mewujudkan kempen kutipan dana perubatan yang diperlukan oleh Rami. Jumlah sasaran dana yang diperlukan adalah sebanyak RM200,000.00. Tempoh masa yang disasarkan juga adalah terhad. Dana yang diperlukan agak tinggi oleh kerana Rami perlu menjalani pembedahan dan rawatan di luar Palestin.
Oleh itu, kami menyeru rakyat Malaysia khususnya, untuk turut bersama menyumbangkan sedikit sebanyak yang termampu bagi mencapai sasaran dana yang diperlukan supaya Rami dapat menjalani pembedahan dan rawatan dengan segera sebelum terlambat. Mungkin sedikit bagi kita, tapi besar maknanya buat mereka yang amat memerlukan dalam situasi yang amat mendesak ini, khususnya dengan segala apa yang berlaku di Palestin sehingga kini.
Mungkin dari asbab sumbangan kita semua, sedikit sebanyak memberikan semangat dan kekuatan untuk Rami bangkit semula, serta mampu menyara ahli keluarganya yang ramai. Semoga segala jasa baik anda semua yang turut membantu menerusi kempen ini akan dibalas dengan kebaikan yang berterusan.
Bagaimana untuk menyumbang?
Kami dengan kerjasama pihak Cakna Palestin telah menyediakan platform atau saluran khas bagi tujuan kutipan dana perubatan untuk Rami. Terdapat dua pilihan:
• Imbas Kod QR Pertubuhan Cakna Palestin (tiada had minimum)
atau...
• Laman Rasmi Kutipan Dana (disediakan resit bagi pengecualian cukai pendapatan)
Sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, boleh hubungi (WhatsApp):
*Segala keterangan diberikan adalah benar, setiap sumber dan saluran yang telah disediakan bagi tujuan kutipan dana ini adalah sah dan rasmi.
Dengan kerjasama:
Comments
Post a Comment