Posts

KISAH RAMI AWWAD - NABLUS, PALESTIN 🇵🇸

Image
Siapa Rami Awwad? Rami Awwad dari Nablus, Palestin. Seorang suami dan bapa kepada dua cahaya mata yang masih kecil. Mungkin ada yang mengenali beliau menerusi laman media sosial seperti Tiktok (@rami.aawwad). Beliau seringkali menghasilkan karya lukisan di laman tersebut dan sering membuat liputan siaran langsung sambil melukis. Untuk pengetahuan juga, beliau merupakan seorang mangsa serangan oleh tentera zionis beberapa tahun yang lalu. Kronologi Kisah Pahit Hidupnya Pada tahun 2022, sewaktu Rami dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di Nablus, secara tiba-tiba kenderaan yang dipandunya dihujani kurang lebih 40 das tembakan yang disasarkan oleh tentera zionis. Manakala 2 das peluru menembusi bahagian kaki, khususnya pada bahagian paha yang menyebabkan tulang pahanya seperti hancur akibat ledakan peluru yang terkena. Beliau mengalami kecederaan parah. (Ini gambaran keadaan kaki Rami yang terkena tembakan) Setelah itu, Rami telah dibawa ke hospita...