Posts

🌱 SEEDS 4 GAZA: Projek Pertanian Komuniti 🇵🇸

Image
🌱 SEEDS 4 GAZA 🇵🇸 Projek Pertanian Komuniti Di Gaza Sebuah inisiatif kemanusiaan oleh: PERTUBUHAN CAKNA PALESTIN MALAYSIA " Menyemai Benih, Menuai Harapan " Di sebalik setiap benih yang disemai, tersimpan harapan untuk membina semula kehidupan, memulihkan sumber makanan dan mengembalikan peluang kepada mereka yang terkesan akibat peperangan. MENGENAI PROJEK Seeds 4 Gaza merupakan sebuah inisiatif kemanusiaan yang digerakkan oleh Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia , dengan matlamat menyokong pemulihan sektor pertanian komuniti di Gaza melalui bantuan pertanian dan kemudahan asas yang diperlukan oleh para petani. ( Tapak projek pertanian di Al-Zawayda, Gaza) Peperangan yang berpanjangan telah memberikan kesan besar terhadap kehidupan masyarakat Gaza, termasuk kemusnahan tanah pertanian, gangguan bekalan air, kekurangan bahan pertanian serta kehilangan sumber pendapatan. Dalam keadaan sedemikian, pertanian bukan sekadar ...

KISAH RAMI AWWAD - NABLUS, PALESTIN 🇵🇸

Image
Siapa Rami Awwad? Rami Awwad dari Nablus, Palestin. Seorang suami dan bapa kepada dua cahaya mata yang masih kecil. Mungkin ada yang mengenali beliau menerusi laman media sosial seperti Tiktok (@rami.aawwad). Beliau seringkali menghasilkan karya lukisan di laman tersebut dan sering membuat liputan siaran langsung sambil melukis. Untuk pengetahuan juga, beliau merupakan seorang mangsa serangan oleh tentera zionis beberapa tahun yang lalu. Kronologi Kisah Pahit Hidupnya Pada tahun 2022, sewaktu Rami dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di Nablus, secara tiba-tiba kenderaan yang dipandunya dihujani kurang lebih 40 das tembakan yang disasarkan oleh tentera zionis. Manakala 2 das peluru menembusi bahagian kaki, khususnya pada bahagian paha yang menyebabkan tulang pahanya seperti hancur akibat ledakan peluru yang terkena. Beliau mengalami kecederaan parah. (Ini gambaran keadaan kaki Rami yang terkena tembakan) Setelah itu, Rami telah dibawa ke hospita...